12 Aug 2011

Akhirnya... Tipah Tertipu (Part 1)

Salam to all readers~

Di waktu tengah malam ni, mata tak mau pejam la pulak.
Tiba-tiba ja teringat peristiwa kena tipu dan di tipu.
Di tipu atas kekhilafan diri sendiri.

Alkisahnya..
Dulu masa sedang belajar lagi di universiti, aku rajin le wat keje part time,
nak cari duit poket kan.
Pernah jaga lab komputer dengan gaji rm2.00 per jam ;(
Memang sikit dah nama pun keje part time.
If rajin jaga lab tuh, banyak le dapat gajinya.
Tapi aku bukan rajin sangat nak jaga lab tuh sampai berjam-jam, nanti kang assignment tak siap takkan nak suruh roomate buat kot ?
Sendiri mau ingat.

So.. aku cari alternatif lain dengan mengambil upah buat assignment.
Boleh tambah pendapatan  lebih sikit. =)
Alhamdulilah, aku ada dapat customer ni, seorang student PJJ, universiti mana? tak nak gitau la, kot2 ampa kenai dia. =)

Dia ialah first customer aku, dan aku sangat2 hargai.
Ye la, akhirnya ada jugak rezeki untuk aku kan.
.
.
.
.
..
.
.
.

Story ni setakat ni saja buat malam ni.
Dah ngantuk sangat, esok nak bagun sahur lagi. =)
Sila view lagi untuk sambungan dari cerita ini di Part 2 pulak ye. 
Gud night

** Jangan lupa niat puasa untuk esok =)


Daisypath Anniversary tickers