4 Aug 2011

Review:Shopping online versi Ogos

Salam semua!
Di pagi subuh Jumaat ni, terasa rajin le pulak nak typing2.
Rasa best je pagi ni.. Sejuk je.

Bulan ni ada la shopping sikit2 baju, online shopping je, so tak yah penatkan diri jalan2 di bulan puasa ni, save my energy u know.;) 

First, sy ada beli blouse dari Qoma, dah terima pun blouse tu, I like! Sebab blouse ni labuh bawah punggung elok2 je.Tak labuh sangat. Sy ni girl yang tak brapa cukup tinggi, so tak boleh pakai blouse yang labuh sangat w'pun sy sangat2 teringin!
Sy beli kaler hitam, harge Rm38 ja plus postage Rm5.So ni pic nye.

Next, sy berkenan lak ngan blouse nih, dari Misslilishop. Suka tengok blouse ni cuz corak die abstract. Insy'allah minggu depan receive blouse ni. Harganya rm30 plus postage Rm5 jugak ;)

Last but not least, sy ada beli make up brush tp beli bulan lepas, bukan bulan ni ;) Kan dah tersasar dari tajuk entry nih ;) Brush nih sy beli dari satu blog nih, tapi xmau la state nama blog tu disini ;)
   Sebabnye.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
.

tak best le brush die. Sy bli yang 12pcs. Sebelum beli sy ada tanya lembut ke x brush ni. toke kedai kata lembut. So,  I believe! After tenung brush tuh 10,20 kali,I pun beli.
3 hari kemudian saya receive brush tu. Brush yg sy dapat sedikit berlainan dari yang ada dalam pic. Ok, dari semua 12pcs tu, ada 3 brush I x puas hati. Sebabnya kasar la brush tu! Fan brush, blush, n satu lagi face brush kot. Sekali try huh! Boleh calar my face! Tapi dalam banyak2 brush tu , sy suka eyeshadow brush, best! Brush yg lain ok je, biasa la brush murah kan ;)
 Overall, nasihat saya better jangan beli brush online sebab maybe pandangan manusia kat kelembutan brush berlainan kot. Hehe.Better beli kat Elianto@elf@NYX. Beli sikit2, jgn beli satu set terus. Kalau nak beli jugak brush yang murah ni, better beli kat kedai offline ja, sebab boleh rasa lembut ke tak that brush.
That's all for this pagi Jumaat
Daaa.... ;)


2 Aug 2011

Jom masak : Lepat Pisang

Alhamdulillah, semalam adalah first day umat Islam berpuasa. Tinggal 29hari lagi untuk kita berpuasa. Kalau cakap bab puasa, mesti kita nak makan makanan yang sedap2 ja kan ;)
Nasi wajib makan dan paling penting masuk waktu ja teruih bantai air sampai x ingat dunia.
Janji hilang dahaga.

Semalam makan simple2 ja, pastu dah ada pisang lebih, so mak buat lepat pisang dan serawa pisang. Sedapp!Orang Kedah panggil lepat pisang, org negeri len ceq tak tau.Lepat juga kot.Sapa2 yg nak belajar buat lepat leh ikut resepi nih, resepi mak ceq.

Lepat Pisang
  Bahan-bahannya : 

  • 6 biji pisang
  • Tepung beras 3 cawan(boleh tambah ikut selera masing2)
  • Santan
  • Gula dan garam
  • Daun pisang
              Cara-caranya :
  1. Lecek pisang sampai lumat.
  2. Masukkan tepung, garam dan gula,santan.
  3. Pastu kacau,gaul sampai sebati.
  4. Dah siap semua, boleh balutkan dengan daun pisang. Pastu kukuskan dengan pengukus yang ada di rumah.
  5. Kukus selama 30 minit ataupun sampai masak.

Mudah dan cepat kan! Sesuai untuk org yg baru nak blajaq masak mcm saya.;p
Serawa pisang masak macam biasa, macam masak bubur. Yg ni pun mudah juga untuk disediakan.
Daisypath Anniversary tickers